Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Rumah Pangsa Senawang Jaya 1 adalah merupakan sebuah kawasan perumahan kos rendah yang terletak bersebelahan dengan Taman Senawang Jaya. Rumah pangsa ini mempunyai 6 block dan 220 buah rumah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PERTANDINGAN QUIZZIZ ICT

Aktiviti Terkini | 06 Disember 2019

Program ini dijalankan di Pi Rp Senawang 1 yang melibatkan 15 peserta dalam kalangan ahli Pi Rp Senawang 1. Peserta diberi penerangan berkenaan pertandingan quiz yang akan dijalankan. Para peserta perlu menggunakan daya pemikiran dan pengetahuan untuk menjawap soalan di dalam quiz tersebut....baca selanjutnya

PERTANDINGAN QUIZZIZ

Aktiviti Terkini | 22 November 2019

Program ini dijalankan di Pi Rp Senawang 1 yang melibatkan 15 peserta dalam kalangan ahli Pi Rp Senawang 1. Peserta diberi penerangan berkenaan pertandingan quiz yang akan dijalankan. Para Peserta perlu menggunakan daya pemikiran, ingatan dan pendengaran masing-masing untuk menyelesaikan soalan yang diberikan berdasarkan satu video pendek yang diberi....baca selanjutnya

PERTANDINGAN CROSS WORD DAN JIGSAW PUZZLE DIWALI

Aktiviti Terkini | 11 Oktober 2019

Program ini dijalankan melibatkan 15 peserta dalam kalangan ahli PI RP Senawang 1. Peserta diberi penerangan berkenaan pertandingan crossword dan jigsaw puzzle yang akan dijalankan. Para Peserta boleh boleh menggunakan daya pemikiran dan kreativiti masing-masing untuk menyelesaikan crossword dan puzzle yang diberikan....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MELUKIS JALUR GEMILANG MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 27 September 2019

Program ini dijalankan di PI RP Senawang 1 yang melibatkan 15 peserta dalam kalangan ahli PI RP Senawang 1. Peserta diberi penerangan berkenaan pertandingan melukis Jalur Gemilang dengan menggunakan Microsoft Word dan mereka boleh menggunakan kreativiti masing-masing untuk melukis Jalur Gemilang tersebut....baca selanjutnya

PERTANDINGAN PUZZLE & CROSSWORD MERDEKA, PERTANDINGAN KAD UCAPAN MERDEKA

Aktiviti Terkini | 24 & 25 Ogos 2019

Program ini dijalankan di PI RP Senawang 1 yang melibatkan 15 peserta dalam kalangan ahli PI RP Senawang 1. Peserta diberi penerangan berkenaan pertandingan puzzle, crossword & mencipta kad ucapan Merdeka yang akan dijalankan dan mereka dikehendaki menyelesaikan setiap tugasan yang diberi....baca selanjutnya

PROGRAM MARI MEWARNA

Aktiviti Terkini | 26 Julai 2019

Aktiviti ini diadakan adalah untuk merapatkan di antara Pusat Internet dan kanak-kanak yang berusia dari 4-6 tahun. Dengan adanya program seperti ini, para pelajar dapat tahu fungsi Pusat Internet dan seronok dengan aktiviti luar yang diadakan oleh pihak Pusat Internet ini .Selain daripada belajar, mereka dapat mengenali warna dan ada aktiviti yang selain daripada belajar....baca selanjutnya

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PI RP SENAWANG 1

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2019

Rumah Terbuka Aidilfitr ini dijalankan di PI RP SENAWANG 1 bersama aktiviti sampingan iaitu Pameran Jualan Digi, Klik Dengan Bijak & Sukaneka Keluarga yang dihadiri seramai 100 orang...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SEKOLAH TINGGI ISLAM AS SOFA

Aktiviti Terkini | 03 Mei 2019

Program Advokasi dijalankan di Sekolah Tinggi Islam As Sofa. Staf PI bertanggungjawab untuk menerangkan setiap topik KDB dan menyediakan quiz terbuka kepada peserta....baca selanjutnya

ASAS KOMPUTER, MEWARNA & KDB BERSAMA TADIKA KEMAS RP SENAWANG 1

Aktiviti Terkini | 19 April 2019

Program ini dijalankan di Pusat Internet yang melibatkan 25 peserta termasuk murid dan guru pengiring. Peserta diberi pengenalan asas komputer dan penerangan berkenaan Buli Siber disamping menyertai aktiviti mewarna untuk menarik minat peserta di dalam aktiviti yang dijalankan....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI TADIKA NUR SALAM SENAWANG

Aktiviti Terkini | 21 Mac 2019

Tujuan mengadakan program ini adalah untuk memberi kesedaran awam mengenai keselamatan dalam penggunaan internet kepada para peserta....baca selanjutnya

KALIGRAFI TAHUN BARU CINA 2019

Aktiviti Terkini | 23 Februari 2019

Program ini bertujuan untuk mengajar peserta menggunakan Microsft Office Paint untuk membuat Kaligrafi Cina sempena Tahun Baru Cina 2019...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 19 Januari 2019

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran awam mengenai keselamatan dalam penggunaan internet kepada para peserta...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti