Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Rumah Pangsa Senawang Jaya 1 adalah merupakan sebuah kawasan perumahan kos rendah yang terletak bersebelahan dengan Taman Senawang Jaya. Rumah pangsa ini mempunyai 6 block dan 220 buah rumah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


GOTONG-ROYONG DAN JAMUAN AKHIR TAHUN

Aktiviti Terkini | 27 Disember 2018

Gotong – royong & Jamuan Akhir Tahun ini dijalankan di PI RP SENAWANG 1 yang melibatkan 20 orang ahli PI RP Senawang 1 dan bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan menjaga kebersihan dalam kalangan pengguna PI RP Senawang 1...baca selanjutnya

DIGI ACADEMY : DIGI MAKER CAMP 2.0 & GRADUATION DAY

Aktiviti Terkini | 25 - 29 November 2018

Program ini diadakan di Arus Academy, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Seramai 20 orang petugas Pusat Internet terpilih dan 20 orang pelajar terpilih yang telah menjalani latihan selama 4 bulan telah menyertai Digi Maker Camp 2.0 ini...baca selanjutnya

KOLUM DEEPAVALI

Aktiviti Terkini | 17 November 2018

Tujuan mengadakan program ini adalah untuk mengambil peluang merasai suasana sambutan Hari Deepavali pada minggu yang lalu seterusnya menanamkan sifat berkongsi dalam masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Selain itu, aktiviti ini juga dijalankan untuk mengisi masa lapang ahli PI dengan perkara bermanfaat disamping memberi peluang kepda mereka untuk memperoleh ilmu baru di PI....baca selanjutnya

Jom Sertai Digi Academy: Digital Literacy Programme

Berita Terkini | Ogos - November 2018


Kepada peserta yang berminat untuk menyertai bengkel ini, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus Pusat Internet yang terpilih.

‘SPOT THE DIFFERENCE GAMES’

Aktiviti Terkini | 26 Oktober 2018

Aktiviti ‘Spot The Difference Game’ ini dijalankan di PI RP SENAWANG 1 yang melibatkan 10 orang ahli PI Rp Senawang 1. Peserta perlu mencari perbezaan di antara dua gambar dan perlu meyelesaikan permainan dalam masa yang ditetapkan....baca selanjutnya

KAD UCAPAN HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 28 September 2018

Tujuan mengadakan program ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai Hari Malaysia kepada peserta dan mengajar peserta untuk menggunakan Microsoft Power Point untuk mencipta kad ucapan mereka....baca selanjutnya

GOTONG – ROYONG PI SENAWANG 1 & JAMUAN

Aktiviti Terkini | 24 Ogos 2018

Tujuan mengadakan program ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama dan menjaga kebersihan dalam kalangan pengguna PI Rp Senawang 1...baca selanjutnya

'ANIMAL SAFARI WORD SEARCH GAMES'

Aktiviti Terkini | 27 Julai 2018

Tujuan mengadakan program ini adalah untuk meningkatkan tahap berfikir peserta dan meningkatkan tahap fokus dalam melakukan sesuatu pekerjaan...baca selanjutnya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PI RP SENAWANG 1

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2018

Tujuan mengadakan program ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara staff dan pengguna pusat internet...baca selanjutnya

KUIZ RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 25 Mei 2018

Tujuan mengadakan program ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta mengenai kelebihan bulan Ramadhan...baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M SENAWANG 1

Aktiviti Terkini | 22 April 2018

Program Hari Terbuka PI1M RP Senawang 1 ini adalah aktiviti tahunan yang diadakan dengan pelbagai aktiviti yang dapat memberi maklumat kepada komuniti dan di sertakan juga dengan aktivit-aktiviti menarik seperti sukaneka untuk mengeratkan hubungan di antara staff PI1M dan komuniti Rumah Pangsa Senawang 1....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT NILAI

Aktiviti Terkini | 07 April 2018

Program ini diadakan adalah untuk melatih para petugas PI1M bagaimana mengendalikan pemadam api dengan betul dan memadam api dengan cara yang betul. Ia juga mengajar menggunakan pemadam api yang sesuai sekiranya berlaku kebakaran di PI1M atau di rumah. Program ini juga memberi pengetahuan dan langkah-langkah keselamatan dan pencengahan sekiranya berlaku kebakaran....baca selanjutnya

AKTIVITI SENI CAPAN SAYURAN

Aktiviti Terkini | 23 Mac 2018

Aktiviti Seni Capan Sayuran ini dijalankan di PI1M RP Senawang 1 yang melibatkan 15 peserta dan setiap peserta diwajibkan untuk menggunakan teknik capan sayuran untuk menjadikan satu bentuk sebagai contoh pasu bunga....baca selanjutnya

PERTANDINGAN POSTER TAHUN BARU CINA

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2018

Pertandingan Poster Tahun Baru Cina 2018 ini dijalankan di PI1M RP SENAWANG 1 yang melibatkan 15 peserta dan setiap peserta diwajibkan untuk mereka satu poster mengikut tema dengan menggunakan Microsoft Word....baca selanjutnya

JIGSAW PUZZLE GROUP GAMES

Aktiviti Terkini | 19 Januari 2018

“Jigsaw Puzzle Group Games” ini dijalankan di PI1M RP SENAWANG 1 yang melibatkan 15 peserta dan dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu terdiri daripada ahli PI1M. Setiap kumpulan wajib menyelesaikan jigsaw puzzle yang disediakan...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti