Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Rumah Pangsa Senawang Jaya 1 adalah merupakan sebuah kawasan perumahan kos rendah yang terletak bersebelahan dengan Taman Senawang Jaya. Rumah pangsa ini mempunyai 6 block dan 220 buah rumah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN, GARIS PANDUAN PENGURUSAN KIT COVID-19, SEBELUM SEMASA SELEPAS BANJIR & BAGAIMANA MEMBANTU MANGSA BANJIR

Aktiviti Terkini | 10/14/20/22 Disember 2021

Program ini dijalankan secara atas talian di laman Facebook PEDi Senawang 1. Penonton dan rakan FB diberi penerangan berkenaan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin, Garis Panduan Pengurusan Kit Covid-19, Tips Sebelum, Semasa & Selepas Banjir dan Bagaimana Membantu Mangsa Banjir...baca selanjutnya

TUTORIAL MUAT TURUN VIDEO DARI FACEBOOK, PEKA B40, PAKEJ REMAJA & PERANTI KELUARGA MALAYSIA, PUSAT EKONOMI DIGITAL MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 9/12/19/25 November 2021

Program ini dijalankan secara atas talian di laman Facebook PIK Senawang 1. Penonton dan rakan FB diberi penerangan berkenaan tutorial cara untuk menyimpan atau muat turun video daripada Facebook, penerangan berkenaan Skim Peduli Kesihatan B40, penerangan berkenaan Pakej remaja & Peranti Keluarga Malayisa & Transformasi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia....baca selanjutnya

COVID-19 TEST KIT DI WATSON & GUARDIAN, TEMPAT ‘HIKING’ MENARIK DI NEGERI SEMBILAN, CARA TUKAT STATUS DI MYSEJAHTERA & TIPS PULANG KE KAMPUNG ATAU MELANCONG

Aktiviti Terkini | 15 Oktober 2021

Program ini dijalankan secara atas talian di laman Facebook PIK Senawang 1. Penonton dan rakan FB diberi penerangan berkenaan senarai jenama test kit Covid-19 yang terdapat di Watson & Guardian, tempat-tempat “hiking” menarik di Negeri Sembilan, mengajar penonton cara untuk tukar status di Mysejahtera dan memberi tips pulang ke kampung atau melancong....baca selanjutnya

PENERANGAN MAKSUD ENDEMIK,EPIDEMIK & PANDEMIK, PENERANGAN 3 JENIS “DIET” POPULAR DI MALAYSIA, TUTORIAL CARA PERBAHARUI CUKAI JALAN DI PORTAL MYEG & PENERANGAN SOP & GARIS PANDUAN GELEMBUNG PELANCONGAN KE LANGKAWI

Aktiviti Terkini | 4/11/14/ 21 September 2021

Program ini dijalankan secara atas talian di laman Facebook PIK Senawang 1. Penonton dan rakan FB diberi penerangan berkenaan maksud Endemik, Epidemik & Pandemik, penerangan berkenaan jenis-jenis “diet”, tutorial cara perbaharui cukai jalan menggunakan MyEg & penerangan berkenaan SOP & garis panduan gelembung pelancongan ke Langkawi...baca selanjutnya

TUTORIAL APLIKASI SETEL, SENARAI LAMAN WEB PENCARIAN KERJA DI MALAYSIA, CARA PENDAFTARAN MYEG, & CARA PERBAHARUI CUKAI JALAN DI PEJABAT POS

Aktiviti Terkini | 16/19/22/26 Ogos 2021

Program ini dijalankan secara atas talian di laman Facebook PIK Senawang 1. Penonton dan rakan FB diberi penerangan berkenaan Aplikasi Setel, Senarai Laman Web Pencarian Kerja Di Malaysia, Cara Pendaftaran Myeg & Cara Perbaharui Cukai Jalan Di Pejabat Pos. ...baca selanjutnya

INFORMASI MYSEJAHTERA, TEMUJANJI VAKSINASI COVID-19 & I-CITRA

Aktiviti Terkini | Sepanjang Julai 2021

Program ini dijalankan secara atas talian di laman Facebook PIK Senawang 1. Penonton dan rakan FB diberi penerangan berkenaan informasi berkenaan MySejahtera,Vaksinasi Covid-19 & i-Citra....baca selanjutnya

INFORMASI MYSEJAHTERA & KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | Sepanjang Jun 2021

Program ini dijalankan secara atas talian di laman Facebook PIK Senawang 1. Penonton dan rakan FB diberi penerangan berkenaan informasi berkenaan MySejahtera dan penerangan topik-topik di dalam sesi live Klik Dengan Bijak ...baca selanjutnya

LIGHTROOM & KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 3 Mei 2021

Program ini dijalankan secara atas talian di laman Facebook PIK Senawang 1. Penonton dan rakan FB diberi penerangan berkenaan topik-topik berlainan pada setiap minggu...baca selanjutnya

TUTORIAL PHOTOSHOP & REKOD SKRIN KOMPUTER

Aktiviti Terkini | 3 April 2021

Program ini dijalankan secara atas talian di laman Facebook PIK Senawang 1. Penonton dan rakan FB diberi penerangan berkenaan topik-topik berlainan pada setiap minggu...baca selanjutnya

LEARNING VIDEO

Aktiviti Terkini | 1 mac 2021

Program ini dijalankan secara atas talian di laman Facebook PIK Senawang 1. Penonton dan rakan FB diberi penerangan berkenaan topik-topik berlainan pada setiap minggu...baca selanjutnya

FACEBOOK VIDEO

Aktiviti Terkini | 2 Februari 2021

Program ini dijalankan secara atas talian di laman Facebook PIK Senawang 1. Penonton dan rakan FB diberi penerangan berkenaan topik-topik berlainan pada setiap minggu...baca selanjutnya

FACEBOOK VIDEO: WEBSITE UNTUK PELAJAR

Aktiviti Terkini | 30 Januari 2021

Program ini dijalankan secara atas talian di laman Facebook PI Senawang 1...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti