Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Rumah Pangsa Senawang Jaya 1 adalah merupakan sebuah kawasan perumahan kos rendah yang terletak bersebelahan dengan Taman Senawang Jaya. Rumah pangsa ini mempunyai 6 block dan 220 buah rumah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


CORPORATE LOGO QUIZ

Aktiviti Terkini | 29 Disember 2017

“Corporate Logo Quiz” ini dijalankan di PI1M RP SENAWANG 1 yang melibatkan 20 peserta iaitu terdiri daripada ahli PI1M. Setiap peserta dikehendaki meneka 25 korporat logo di dalam kertas jawapan yang diberikan....baca selanjutnya

DIY POPSICLE STICKS

Aktiviti Terkini | 24 November 2017

DIY Popsicle Sticks ini dijalankan di PI1M RP SENAWANG 1 yang melibatkan 15 peserta iaitu terdiri daripada ahli PI1M. Setiap peserta dikehendaki mencipta 1 rekabentuk menggunakan batang aiskrim menjadi sesuatu yang boleh digunakan seperti bakul, pasu dan sebagainya....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M RP SENAWANG 1

Aktiviti Terkini | 14 Oktober 2017

Program Hari Terbuka PI1M RP Senawang 1 ini adalah aktiviti tahunan yang diadakan dengan pelbagai aktiviti yang dapat memberi maklumat kepada komuniti dan di sertakan juga dengan aktivit-aktiviti menarik seperti sukaneka untuk mengeratkan hubungan di antara staff PI1M dan komuniti Rumah Pangsa Senawang 1....baca selanjutnya

'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLLENGE'

Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2017

Dalam mencetus kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti setempat, PI1M di bawah seliaan Digi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program melalui usahasama Petrosains iaitu 'Digi - Petrosains Robotic Programme 2017' bertempat di Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor pada 06 - 07 Oktober 2017....baca selanjutnya

PROGAM ADVOKASI DI SMK SENAWANG

Aktiviti Terkini | 25 September 2017

Para peserta program dari Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang seramai 400 orang murid dan 20 guru berkumpul di dewan sekolah. Sebelum program bermula Staf PI1M Templer dan PI1M Senawang 1 menerangkan kepada peserta yang hadir tentang kelebihan PI1M dan penerangan pendek berkenaan MCMC dan DIGI....baca selanjutnya

'Qualifying Round - Digi-Petrosains Robotic Programme 2017 : Young PI1M Inventors Challenge'

Aktiviti Terkini | 14 September 2017

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK DI SK RAHANG, SEREMBAN

Aktiviti Terkini | 09 Ogos 2017

Program Advokasi Klik Dengan Bijak dijalankan di SK Rahang melbatkan 350 orang pelajar dan 25 orang guru. Setiap staf PI1M bertanggungjawab untuk menerangkan 1 topik dan setiap topik mempunyai kuiz untuk murid-murid....baca selanjutnya

'Digi - Petrosains Robotic Workshop 2017'

Aktiviti Terkini | 25 - 27 Julai 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan tentang bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik...baca selanjutnya

BENGKEL MICROSOFT POWER POINT & MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PI1M

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2017

Bengkel ini adalah untuk mendedahkan kepada pengguna mengenai Microsoft Power Point yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan manakala Majlis Sambutan Hari Raya Pi1m Rp Senawang 1 adalah untuk mengeratkan silaturahim antara staf pi1m dan pengguna....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENCIPTA SAMPUL DUIT RAYA

Aktiviti Terkini | 16 Jun 2017

Tujuan pertandingan ini adalah untuk mencungkil kreativiti perserta untuk mencipta sampul duit raya dengan cara sendiri. Program ini juga dapat mendedahkan pengunaan Microsoft Word kepada para peserta dan mendapat ilmu dalam menggunakan Microsoft Word. ...baca selanjutnya

BENGKEL MOBILE E-WASTE

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2017

Tujuan bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai kempen yang sedang dijalankan oleh pihak MCMC iaitu Mobile E-Waste. Sehubungan itu, bengkel ini dapat memberi penerangan kepentingan untuk menkitar semula barang elektronik yang telah rosak sebagai contoh telefon bimbit....baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Setanjak & Keris Menggunakan Kertas Sempena Hari Pertabalan Agung

Aktiviti Terkini | 28 April 2017

Tujuan pertandingan ini adalah untuk memperkenalkan salah satu perhiasan lelaki zaman dahulu iaitu setanjak dan salah satu perhiasan untuk kerabat di raja pada zaman kini manakala keris adalah satu daripada alat mempertahankan diri pada zaman dahulu....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENCIPTA KAD UCAPAN SEMPENA ULANGTAHUN PERTAMA PEMBUKAAN PI1M RP SENAWANG 1

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2017

Tujuan pertandingan ini adalah untuk mencungkil bakat kreativi perserta untuk mencipta kad ucapan yang menarik....baca selanjutnya

PERTANDINGAN JIGSAW PUZZLE

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2017

Tujuan pertandingan ini adalah untuk mencungkil bakat kreativi perserta dalam menyelesaikan jigsaw puzzle ini dengan pantas....baca selanjutnya

PERTANDINGAN TANGLUNG SEMPENA TAHUN BARU CINA

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2017

Tujuan pertandingan ini adalah untuk memupuk semangat 1Malaysia dalam meraikan perayaan pelbagai kaum. Disamping itu peserta dapat menimba ilmu baru dalam proses pembuatan tanglung untuk perayaan Tahun Baru Cina...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti