Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Rumah Pangsa Senawang Jaya 1 adalah merupakan sebuah kawasan perumahan kos rendah yang terletak bersebelahan dengan Taman Senawang Jaya. Rumah pangsa ini mempunyai 6 block dan 220 buah rumah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM SOFT SKILL OREO POPS

Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2023

Program ini dijalankan di PEDi Rumah Pangsa Senawang 1 melibatkan 15 orang ahli PEDi Senawang 1...baca selanjutnya

PROGRAM ORIGAMI PENANDA BUKU

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2023

Program ini dijalankan di PEDi Rumah Pangsa Senawang 1 melibatkan 9 orang ahli PEDi Senawang 1...baca selanjutnya

PROGRAM MENGHIAS KEK CAWAN

Aktiviti Terkini | 9 Jun 2023

Program ini dijalankan di PEDi Rumah Pangsa Senawang 1 melibatkan 9 orang ahli PEDi Senawang 1...baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PEDI RP SENAWANG 1

Aktiviti Terkini | 18 Mei 2023

Program ini dijalankan di PEDi Rumah Pangsa Senawang 1 melibatkan 10 orang ahli PEDi Senawang 1 dan 3 staf daripada PEDi PPR Senawang & PEDi Templer...baca selanjutnya

WORD SEARCH RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 6 April 2023

Program ini dijalankan di PEDi Rumah Pangsa Senawang 1 melibatkan 5 orang ahli PEDi. Mereka diberi masa untuk mencari perkataan berkaitan dengan bulan Ramadhan di dalam permainan atas talian yang disediakan...baca selanjutnya

QUIZZIZ SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 22 Mac 2023

Program ini dijalankan di pedi rumah pangsa senawang 1 melibatkan 8 orang ahli PEDi. ...baca selanjutnya

EQUIPMENT IN PEDI WORDSEARCH

Aktiviti Terkini | 17 Februari 2023

Program ini dijalankan di PEDi Rumah Pangsa Senawang 1 melibatkan 6 orang ahli PEDi. Mereka diberi masa untuk mencari perkataan barang yang terdapat di dalam PEDi dan peserta yang pantas dipilih sebagai pemenang dan mendapat hadiah...baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK (BUKAN SEMUANYA BENAR DI INTERNET, TIDAK PASTI JANGAN KONGSI)

Aktiviti Terkini | 18 Januari 2023

MCMC Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Klik Dengan Bijak (KDB) di Sekolah Kebangsaan Sikamat, Seremban pada 18 Januari 2023...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti