KLIK DENGAN BIJAK (BUKAN SEMUANYA BENAR DI INTERNET, TIDAK PASTI JANGAN KONGSI)

Aktiviti terkini | 18 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
Sekolah Kebangsaan Sikamat

Ringkasan Aktiviti :
• MCMC Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Klik Dengan Bijak (KDB) di Sekolah Kebangsaan Sikamat, Seremban pada 18 Januari 2023.
• Program bertemakan “Bukan Semuanya Benar di Internet, Tidak Pasti Jangan Kongsi” ini telah dijalankan kepada 400 pelajar dengan kerjasama daripada PEDi Kluster Seremban.

Tujuan :
• Program KDB ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid dan guru berkenaan perlunya untuk semak dahulu maklumat yang diterima melalui internet sebelum mempercayai maklumat tersebut

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Sesi taklimat KDB
• Pameran KDB
• Aktiviti permainan interaktif dan pertandingan mewarna


Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Memberi kesedaran tentang maklumat palsu yang banyak tersebar melalui internet dan media sosial
• Menggalakkan murid dan guru untuk semak dahulu maklumat yang diterima


Nama VIP:
• Penolong Pengarah MCMC Negeri Sembilan
• Guru Besar SK Sikamat

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :